Friday, December 14, 2012

Perkembangan bayi 2 tahun

Sebagai seorang ibu, semestinya perkembangan tumbesaran anak-anak sentiasa diperhatikan setiap masa. Semasa Aisyah berumur dalam 10bulan saya ada membeli dua buah buku koleksi Pa& Ma bertajuk Panduan Pemakanan anak sihat & pintar dan Rahsia Anak Cergas dan Cerdas.



Kali ni saya nak berkongsi tentang perkembangan anak-anak yang berusia dua tahun. Dalam peringkat umur ni mereka dalam alam seronok meneroka. Banyak perkara baru yang mereka pelajari dan semuanya menyeronokkan. (sweetkan ).

Antara perkembangan yang dinyatakan dalam buku ni : -

1. Mula mengenali irama muzik dan membuat pergerakan tarian.
( Sangat betul...Aisyah setiap hari akan mendengar pelbagai lagu dan turut menari bersama)

2. Apabila diberikan buku, dia akan menyelak halaman buku sehelai demi sehelai.
( That's right (-: )

3. Perkembangan bahasanya juga menakjubkan, sekurang-kurangnya dia sudah tahu lebih kurang 50 perkataan.
( Ni yang risau skit, Aisyah lambat cakap tapi ada beberapa perkataan je yang dia boleh cakap..Insyaallah xlama lagi )

4. Di meja makan dia boleh duduk tanpa bantuan tetapi perlu juga diperhatikan takut terjatuh.
(Betul...(-: )

5. Dia akan makan dengan lebih tertib tanpa menumpahkan makanan. Dia juga boleh memegang cawan, dan meletakkan cawan berkenaan tanpa menumpahkan air yang banyak.
( Gunakan kesempatan ini dengan mengajarnya minum menggunakan cawan sebenar ye.)

6. Gemar bermain sendiri. Malah dia lebih suka bermain dengan ibu & bapanya berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Oleh kerana dia biasa bermain sendiri, jadi dia kelihatan mementingkan diri dengan tidak mahu berkongsi barang kepunyaannya dengan orang lain...(hehe...macam tula dia )

7. Sedaya upaya menarik perhatian orang di sekelilingnya.
( Dia akan menyentap tangan, memukul, melakukan perkara-perkara yang dilarang & tidak mendengar kata. ) O...semua ni nak menarik perhatian kita...
Ini disebabkan dia sudah mempunyai keinginan untuk melakukan banyak perkara.

8. Dari segi perkembangan minda - anak anda gemar mengamuk tanpa sebab.
( Alihkan perhatiannya dengan mengajak dia bermain atau membaca buku. )

9. Penglihatan pula - lebihkan banyak masa dengan membawa anak anda keluar dari rumah. Lokasi yang dipilih adalah seperti taman bunga, taman permainan, pasar raya ataupun rumah saudara.Ini dapat memberinya peluang kepadanya melihat pemandangan yang baru dan menarik.

Ini bermakna dalam usia begini mereka suka meneroka, berkomunikasi dengan mereka dan bermain bersama. Hubungan yang terjalin diantara anak dan ibu bapa akan bertambah rapat dan emosi yang terbina akan selari dengan perkembangan usianya.

ok saya nak letak antara aktiviti-aktiviti anak saya menjangkau usia 2 tahun ni..(-:

Ni aktiviti harian main dalam bakul...(-:

 


No comments:

Post a Comment