Saturday, December 15, 2012

Perancangan untuk hamil anak yang kedua..(-:

Dalam tahun 2010 saya ada membuat sebuah blog berkaitan informasi kehamilan di address http://informasikehamilan.blogspot.com/. Masa tu saya baru je lepas keguguran dan merancang untuk mengandung semula.Alhamdulillah tarikh 28 Februari 2010 merupakan tarikh akhir period saya dan saya mengandungkan Aisyah selama 9bulan dan tanggal 30 November 2010 saya telah selamat melahirkan puteri comel itu.
 
Walaupun 2 tahun sudah berlalu masih segar lagi dalam ingatan saya perjalanan mengandung dan melahirkan dia secara c-zerian. Saya berharap semoga anak yang lain saya dapat bersalin secara normal.
 
Ok, saya nak refresh dulu nota saya yang pernah saya catat dalam blog dulu ;-
 
1. Pemakanan sebelum mengandung
 
2. Punca Keguguran
 
3. Tanda-tanda kehamilan
 
4. Merancang anak sihat, pintar & berakhlak mulia
 
5. Wanita & Kesuburan
 
Daripada nota-nota yang saya cari, hari ni saya nak cari tentang merancang kehamilan. Kalau boleh dengan izin Allah saya nak anak lelaki..Tapi Allah yang menentukan. Apapun kita usaha. Salah satu ikhtiar yang boleh dibuat dengan membaca doa seperti yang disarankan dalam buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dari Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.
 
Satu ikhtiar untuk mendapat jantina anak yang dihajati, baca ayat berikut di dalam hati ketika kemuncak syahwat (ketika air mani keluar).
 
Surah Asy- Syuraa ayat 49
 
Untuk mendapat anak perempuan baca doa ini

يَهَبُ لِمَن يَشَاْءُ إِنَاثًا

Dia ( Allah ) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
 
Untuk mendapat anak lelaki baca doa ini

وَيَهَبُ لِمَن يَشَاْءُ الذُّكُورَ

Dia ( Allah ) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

 
Ini merupakan salah satu ikhtiar. Selain daripada itu, faktor pemakanan dan pengiraan tempoh kesuburan juga merupakan salah satu ikhtiar.

Maklumat yang saya dapat dari website Dr. Hamid Arshat
Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

 
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
 
1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
 
2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk lamanKesuburan dan Kemandulan’.
 
3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
 
4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Ok...maklumat seterusnya saya perolehi dari laman http://tip-untuk-semua.blogspot.com/2009/10/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan.html

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Apapun kaedah atau cara kita berusaha Allah yang menentukannya.Ikhtiar dan tawakkal.Insyaallah...


No comments:

Post a Comment