Sunday, December 16, 2012

Teknik Mendidik Anak Membaca

Saya telah menjumpai satu rencana mengenai teknik mengajar anak membaca dari awal hasil tulisan Othman Ahamad yang merupakan penulis Bacalah Anakku dan Read Easy. Semasa saya mengajar di Tadika Al-Ikhlas Cambridge Seksyen 3 Shah Alam, kami memang mengajar anak-anak membaca menggunakan kaedah phonics dengan menggunakan buku Bacalah Anakku untuk Bahasa Melayu dan buku Peter & Jane pula dalam Bahasa Inggeris. Kaedah phonics atau fonetik memang sangat mudah untuk kanak-kanak menerima kerana ia mengajar bunyi.
 
Ni alamat address maklumat yang saya cari berkenaan teknik mendidik anak membaca http://adikbijak.com/article/teknik_didik_anak_membaca.html.
 
1. Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda.
 
2. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan. Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka.


3. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri.
 
4. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.
 
Cara memilih buku yang sesuai untuk anak mengikut perkembangan umur : -
 
1. Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya , objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas , besar dan berwarna warni.
 
2. Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas.
 
3. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca.
 
4.  Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.
 
5. Seterusnya dapatkan buku-buku 'nursery rhymes' dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.

Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.

1. Adakan sesi membaca bersama-sama.

2. Bacakan buku sambil mendakap mereka.
 
3. Bercerita dengan penuh emosi dan minat.

4. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan 'real'.

5. Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita.

6. Tanyakan soalan-soalan seperti berikut: eh besarnya bola ini. Ani suka bola? Yang mana satu sudu yang Amir suka? Apa yang warna biru tu? Apa jadi selepas ini?

7. Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow' 'meow'. Kucing suka makan ikan"

Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:

minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita. sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar. minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda. tokoktambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini. apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.
 
Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut: " Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a') " " Yang ini pula 'beh' ( untuk huruf 'b' ) "
Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' ( untuk 'a') dan 'beh' ( untuk 'b' ) kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'
 
 Contoh buku yang sesuai untuk kanak-kanak dari 1 tahun :
 
 

Saturday, December 15, 2012

Perancangan untuk hamil anak yang kedua..(-:

Dalam tahun 2010 saya ada membuat sebuah blog berkaitan informasi kehamilan di address http://informasikehamilan.blogspot.com/. Masa tu saya baru je lepas keguguran dan merancang untuk mengandung semula.Alhamdulillah tarikh 28 Februari 2010 merupakan tarikh akhir period saya dan saya mengandungkan Aisyah selama 9bulan dan tanggal 30 November 2010 saya telah selamat melahirkan puteri comel itu.
 
Walaupun 2 tahun sudah berlalu masih segar lagi dalam ingatan saya perjalanan mengandung dan melahirkan dia secara c-zerian. Saya berharap semoga anak yang lain saya dapat bersalin secara normal.
 
Ok, saya nak refresh dulu nota saya yang pernah saya catat dalam blog dulu ;-
 
1. Pemakanan sebelum mengandung
 
2. Punca Keguguran
 
3. Tanda-tanda kehamilan
 
4. Merancang anak sihat, pintar & berakhlak mulia
 
5. Wanita & Kesuburan
 
Daripada nota-nota yang saya cari, hari ni saya nak cari tentang merancang kehamilan. Kalau boleh dengan izin Allah saya nak anak lelaki..Tapi Allah yang menentukan. Apapun kita usaha. Salah satu ikhtiar yang boleh dibuat dengan membaca doa seperti yang disarankan dalam buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dari Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.
 
Satu ikhtiar untuk mendapat jantina anak yang dihajati, baca ayat berikut di dalam hati ketika kemuncak syahwat (ketika air mani keluar).
 
Surah Asy- Syuraa ayat 49
 
Untuk mendapat anak perempuan baca doa ini

يَهَبُ لِمَن يَشَاْءُ إِنَاثًا

Dia ( Allah ) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
 
Untuk mendapat anak lelaki baca doa ini

وَيَهَبُ لِمَن يَشَاْءُ الذُّكُورَ

Dia ( Allah ) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

 
Ini merupakan salah satu ikhtiar. Selain daripada itu, faktor pemakanan dan pengiraan tempoh kesuburan juga merupakan salah satu ikhtiar.

Maklumat yang saya dapat dari website Dr. Hamid Arshat
Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

 
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
 
1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
 
2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk lamanKesuburan dan Kemandulan’.
 
3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
 
4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Ok...maklumat seterusnya saya perolehi dari laman http://tip-untuk-semua.blogspot.com/2009/10/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan.html

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Apapun kaedah atau cara kita berusaha Allah yang menentukannya.Ikhtiar dan tawakkal.Insyaallah...


Friday, December 14, 2012

Perkembangan bayi 2 tahun

Sebagai seorang ibu, semestinya perkembangan tumbesaran anak-anak sentiasa diperhatikan setiap masa. Semasa Aisyah berumur dalam 10bulan saya ada membeli dua buah buku koleksi Pa& Ma bertajuk Panduan Pemakanan anak sihat & pintar dan Rahsia Anak Cergas dan Cerdas.



Kali ni saya nak berkongsi tentang perkembangan anak-anak yang berusia dua tahun. Dalam peringkat umur ni mereka dalam alam seronok meneroka. Banyak perkara baru yang mereka pelajari dan semuanya menyeronokkan. (sweetkan ).

Antara perkembangan yang dinyatakan dalam buku ni : -

1. Mula mengenali irama muzik dan membuat pergerakan tarian.
( Sangat betul...Aisyah setiap hari akan mendengar pelbagai lagu dan turut menari bersama)

2. Apabila diberikan buku, dia akan menyelak halaman buku sehelai demi sehelai.
( That's right (-: )

3. Perkembangan bahasanya juga menakjubkan, sekurang-kurangnya dia sudah tahu lebih kurang 50 perkataan.
( Ni yang risau skit, Aisyah lambat cakap tapi ada beberapa perkataan je yang dia boleh cakap..Insyaallah xlama lagi )

4. Di meja makan dia boleh duduk tanpa bantuan tetapi perlu juga diperhatikan takut terjatuh.
(Betul...(-: )

5. Dia akan makan dengan lebih tertib tanpa menumpahkan makanan. Dia juga boleh memegang cawan, dan meletakkan cawan berkenaan tanpa menumpahkan air yang banyak.
( Gunakan kesempatan ini dengan mengajarnya minum menggunakan cawan sebenar ye.)

6. Gemar bermain sendiri. Malah dia lebih suka bermain dengan ibu & bapanya berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Oleh kerana dia biasa bermain sendiri, jadi dia kelihatan mementingkan diri dengan tidak mahu berkongsi barang kepunyaannya dengan orang lain...(hehe...macam tula dia )

7. Sedaya upaya menarik perhatian orang di sekelilingnya.
( Dia akan menyentap tangan, memukul, melakukan perkara-perkara yang dilarang & tidak mendengar kata. ) O...semua ni nak menarik perhatian kita...
Ini disebabkan dia sudah mempunyai keinginan untuk melakukan banyak perkara.

8. Dari segi perkembangan minda - anak anda gemar mengamuk tanpa sebab.
( Alihkan perhatiannya dengan mengajak dia bermain atau membaca buku. )

9. Penglihatan pula - lebihkan banyak masa dengan membawa anak anda keluar dari rumah. Lokasi yang dipilih adalah seperti taman bunga, taman permainan, pasar raya ataupun rumah saudara.Ini dapat memberinya peluang kepadanya melihat pemandangan yang baru dan menarik.

Ini bermakna dalam usia begini mereka suka meneroka, berkomunikasi dengan mereka dan bermain bersama. Hubungan yang terjalin diantara anak dan ibu bapa akan bertambah rapat dan emosi yang terbina akan selari dengan perkembangan usianya.

ok saya nak letak antara aktiviti-aktiviti anak saya menjangkau usia 2 tahun ni..(-:

Ni aktiviti harian main dalam bakul...(-:

 


Wednesday, December 12, 2012

Faktor kanak-kanak lambat bercakap.

Walaupun Aisyah sudah mencecah 2 tahun kerisauan yang sangat saya risau tentang pertuturannya. Semoga Aisyah dapat bercakap seperti kanak-kanak yang lain. Disini saya lampirkan sedikit maklumat yang saya cari berkenaan lambat bercakap di beberapa website.

Antaranya dari website  Dr. Hamid Arshad :

Ada lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah
1. Ketiadaan kecacatan akal.
2. Pendengaran yang baik.
3. Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf.
4. Perkembangan emosi yang sihat.
5. Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.
Rasanya semua faktor-faktor ni Aisyah ada.Mudah-mudahan
 
Kanak -kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak -kanak yang berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan -akan kanak -kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.
Cara kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga umur pra - sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya. Kepastian bahawa kanak -kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.
 
Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi , kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak -kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital Rubella Syndrome '. walaupun umurnya sudah tiga tahun dia masih tidak boleh bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun. Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula walaupun dengan latihan pertuturan.
Kecacatan fizikal seperti berlaku pada kanak - kanak yang mengalami kekurangan oksigen diwaktu kelahiran kadang - kadang boleh menganggu fungsi alat suara. Kanak - kanak yang mengalami keadaan yang disebut ' palsi serebral ' biasa didapati sukar bercakap.
 
Untuk seseorang kanak - kanak itu mengunakan bahasa dengan betul dia perlu memahami apa yang dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya.  Jarang - jarang sekali terdapat dimana seseorang kanak -kanak itu tidak boleh memahami bahasa dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula yang boleh memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak -kanak seperti ini selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.
 
Gangguan emosi dikalangan kanak - kanak dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanak - kanak. Kanak - kanak yang selalu bersendirian , tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anihnya , tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa.
Bukan semua kanak - kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan - kesan ini. Ada yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif sementara yang lain pula memerlukan latihan yang khas untuk membaiki pertuturan , intreraksi sosial , kognitif serta kemahuan asas ( seperti makan , membersih diri , memakai pakaian atau kasut mereka dengan sendiri ).Kekurangan rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan kanak - kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. Persekitaran yang penuh dengan peluang untuk kanak - kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah seseorang kanak - kanak yang ditinggalkan berseorangan didalam bilik sepanjang masa hari demi hari tampa kasih mesra ibu bapa dan interaksi sosial. Dia akan mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa .
Seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata - kata ini sambil bercakap - cakap yang berpada dengan suasana dan umur bayi atau kanak - kanak itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bagi bayi bercakap.
Unsur perwarisan adalah satu lagi sebab mengapa kanak - kanak lambat bercakap. Memang selalu di dapati keadaan dimana ibu atau bapa kanak - kanak itu juga lambat mula bercakap pada masa mereka kecil. Kanak - kanak lelaki lebih selalu didapati mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah pemeriksaan yang menyeluruh dibuat untuk mengetepikan unsur - unsur yang lain.
 
Bilakah perlu ibu bapa rasa bimbang
Ibu bapa selalu membuat perbezaan di antara tahap pertuturan kanak -kanak mereka dengan kanak -kanak yang lain. Mereka biasa rasa bimbang apabila kanak -kanak mereka lambat bercakap daripada yang lain. Tetapi di antara kanak -kanak yang normal perbezaan tahap pertuturan adalah besar.
Lazimnya kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah , ee , uu, dan juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi -bunyi yang di suarakan oleh ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak boleh memanggil mama , abah dengan bermakna dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.
Pada umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam (hendak makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.
Apabila berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy na' matan nacik ( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat. Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai tahap pertuturan yang lebih cepat daripada ini dan ada juga yang lambat daripada ini.
Kanak -kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya sudah meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan bunyi seperti ga ga ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya sudah meningkat setahun perlu mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak.
Adalah penting kanak -kanak yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana jika dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya kelak.
Kebanyakan kanak -kanak yang lambat bercakap dapat dipulihkan dengan rangsangan yang sesuai tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara -cara yang lebih mendalam lagi jika bersangkut paut dengan sebab -sebab seperti kekurangan pendengaran , kerosakan fungsi alat suara , masalah sukar memahami bahasa dan juga gangguan emosi.
Perkembangan Aisyah : Kalau dia nakkan sesuatu perkataan yang keluar "nak..." mamamam tu selalu juga dia sebut...tetapi yang selalu keluar bahasa jerman dia..hehe
 
Jadi, antara penyelesaian yang dapat dibuat antaranya ; -
Kegunaan pelbagai bahasa di rumah
Sama ada penggunaan pelbagai bahasa di rumah akan mengakibatkan seseorang kanak -kanak ini lambat bercakap bergantung juga faktor -faktor yang lain. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap dengan kanak -kanak itu dengan menggunakan bahasa yang sukar difahami olehnya , kanak -kanak itu akan kurang maju dalam kefahaman dan penggunaan bahasa ; walaupun dicakap dalam satu bahasa sekalipun.
Seseorang ibu yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris kepada anak -anaknya mestilah menggunakan perkataan -perkataan yang mudah difaham oleh anaknya. Dia perlulah menggalakkan anak mereka bercakap selalu. Peluang untuk bergaul dengan kanak -kanak lain akan membawa manfaat. ( Nak hantar tadika lah bila umur dia dah 3tahun )
 
Kesimpulan
Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.
Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat , meggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka.
Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek sangat mempengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.
Akhirnya saya igin menekankan bahawa selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik , keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak -kanak untuk menggalakan perkembangan bahasa optimum. 
 
Ummi harap Aisyah sihat dan boleh bercakap xlama lagi....
 

Tuesday, December 11, 2012

Sambutan birthday Aisyah Dania yang ke dua...

Tahun ni tahun kedua kelahiran Aisyah Dania.Masih lagi terbayang saat melahirkan dia dulu. Alhamdulillah tahun ni jatuh pada hari Jumaat. (30.11.2012). Jadi ummi & abi pun planning nak celebrate birthday dia sesama ahli keluarga. Kebetulan kena juga buat hari Jumaat malam tu sebab pak long Bazli dia dah nak balik Mesir sambung belajar. Jadi ummi pun pergilah nak tempah kek. Hajat tahun ni nak tempah kek Yaya & Boiboiboy tapi dah terlewat rupa-rupanya. Nak tempah printed 3D tu kena awal 5 hari kat Secret Recipe. So ummi terpaksa beli yang dah ada.huhu...tahun depan nak order awal (ingat tau).
 
Malam Khamis kami anak-beranak keluar nak beli kek dia. Hajat dihati nak beli kek Secret Recipe tapi tak jadi.hehe whole kek rm82.00 abi kata biasa-biasa jelah.So, kami pergi Baker's Cottage pilih kek Chocolate Moise rm 45.00 yang biasa. Ni kek dia :


Chocolate cheese moise
 
 

Lepas tu kami order sate dan beli sedikit barang untuk santapan ahli keluarga. Hari Jumaat malam selepas maghrib sambutan pun dimulakan. Aisyah sangat excited. Tetamu yang hadir pun Tok Su, Tok Anjang, Paklong Bazli, Opah, Atuk dan kebetulan orang dari Pahang pun turun. Jadi meriahlah rumah. Opah Aisyah masak mee rebus.

Hidangan mee rebus, sate, agar-agar.


Bacaan doa Pak Long Bazli. Aisyah aminkan.

 
Abi tolong Aisyah potong kek...(-:

Ummi suapkan Aisyah...Sedapla tu..hehe
 
 
Dah selesai acara potong kek, kami pun bergambar ramai-ramai. Alhamdulillah sambutan yang sederhana dan meriah. Semoga Aisyah sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah.
 
 

 
 Tengoklah tu bila dia bergambar memang susah nak amik...hehe


Monday, December 10, 2012

Aisyah Dania 2 tahun.

Alhamdulillah Aisyah sudah mencecah 2 tahun pada tanggal 30 November 2012 baru-baru ini. Nampak banyak perubahan dari segi tumbesaran, pemikiran, tingkah laku dan macam-macam lagi. Cuma dia masih belum boleh bercakap dengan bahasa yang difahami. Yang ummi faham Assalamualaikum ( Dia cakap kom ), Terima Kasih ( Ceh ) yang ni time abi dia nak bayar tol...dia yang akan cakap ceh...Nah, x nak, nak...pendek kata bahasa yang hujung-hujung...Bila ummi cari maklumat kemungkinan faktor Aisyah lambat bercakap kerana faktor genetik dari abi dia. Kemungkinan juga macam orang-orang tua cakap sebab gigi dia tumbuh penuh pada awal usia kemungkinan dia lambat bercakap. Tak kesahlah ummi doakan Aisyah boleh bercakap dengan petahnya suatu hari nanti..Amin...
 
Antara kepandaian dia sekarang yang saya nak listkan satu demi satu..
 
  1. Melompat, berlari, main bersama abi & sepupunya kalau ada tersangatlah comel
zawati
Ni masa kat kfc...dua beranak ni memang rapat & suka main..hehe
 
 
   2.  Sebab Aisyah ni anak sulung jadi dia dah biasa main sorang-sorang. Kesian dia...hehe..so tahun   ni Insyaallah ummi nak bagi aisyah adik..hehe..
 
 
zawati

 
Duduk dalam tudung salji pun boleh..hehe...
 
3. Kalau dapat pegang pensel, pensel warna lagila tekun sangat menulis. Dapat buku pun sama sangat suka.Ummi doakan anak ummi ni berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat.Ummi sayang Aisyah Dania. Ok lepas ni nak story sambutan birthday Aisyah baru-baru ni...

Sunday, December 9, 2012

Permulaan

Dah lama saya tak berblog..paling akhir berblog tahun 2009..Memang niat nak berblog & sentiasa update tapi bila kemalasan melanda mulalah tinggal angan-angan je...Jadi mulai hari ni saya nak bercerita dan mencari maklumat tentang segala yang berkaitan dalam hidup saya terutama bab anak, penyusuan, isu kesihatan, kecantikan dan macam-macam lagi.So, lets start...